Panduan Aplikasi

Sebelum menggunakan aplikasi ini, ianya sangat penting untuk anda membaca dan memahami yang berikut;

  1. Aplikasi ini secara langsung berkait rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) – Kontinjen Selangor.
  2. Kawasan Liputan – Selangor sahaja.
  3. Keperluan – memastikan telefon mempunyai fungsi GPS dan penghantaran data.
  4. MyDistress adalah perkhidmatan di mana rakyat boleh memberi isyarat kepada PDRM apablia bantuan kecemasan diperlukan.
  5. Kemukakan butir-butir peribadi anda untuk pengesahan supaya dapat mula menggunakan MyDistress dalam ‘Tetapan> Profil’
  6. ‘Isyarat Peribadi’ – Kemas kini lokasi masa sebenar secara automatik dalam kes kecemasan semasa di luar.
  7. ‘Isyarat Lokasi Pratetap’ – Tambah lokasi asset seperti rumah atau pejabat bagi isyarat kecemasan, walaupun ketika anda berjauhan. (Untuk kegunaan dalam bangunan, kami mencadangkan agar anda menggunakan ‘Isyarat Lokasi Pratetap’ dengan pra-tetapkan lokasi anda di hadapan bangunan itu, kerana fungsi GPS di tempat tertutup boleh menjadi tidak tepat.)
  8. Dengan menekan butang ‘MULA CEMAS’ dalam ‘Isyarat Peribadi’ dan ‘Isyarat Lokasi Pratetap’, permintaan anda untuk mendapatkan bantuan akan memberi isyarat kepada PDRM dan Pihak Polis akan dihantar ke lokasi anda.
  9. MyDistress TIDAK menjejaki pergerakan atau lokasi anda jika fungsi TIDAK diaktifkan.
  10. MyDistress patut digunakan untuk kecemasan SAHAJA.
  11. Kecemasan adalah apabila jenayah berlaku, seseorang yang disyaki jenayah berada berdekatan, seseorang yang cedera, diancam atau dalam bahaya.
  12. Kamu patut gunnakan servis MyDistress untuk menghantar isyarat kepada polis dalam situasi yang memerlukan sambutan segera – jika jenayah/kejadian sedang berlaku atau jika seseorang/harta tanah dalam keadaan cemas.
  13. Jika seseorang menyalahgunakan MyDistress di mana permintaan untuk bertindak pantas bukan satu tindakan yang disifatkan sebagai kecemasan, pihak PDRM berhak untuk menggantung penggunaan perkhidmatan MyDistress kepada pengguna.
  14. MyDistress adalah perkhidmatan dari PDRM – Kontinjen Selangor dalam usaha untuk menjaga keselamatan negeri Selangor. Sebarang penyalahgunaan perkhidamatan MyDistress akan mengalihkan sumber penting Polis di mana ia lebih baik digunakan dalam situasi kecemasan yang sebenar. Selaras dengan itu, sila bertanggungjawab apablia menggunakan MyDistress.