Soalan Lazim

Bagaimanakah jika saya mempunyai 2 telefon?
Anda boleh mendaftarkan MyDistress untuk kedua-dua telefon tersebut kerana perkhidmatan ini terikat kepada nombor telefon yang didaftarkan.
Bagaimanakah jika saya menukar telefon tetapi masih menggunakan Kad SIM yang sama?
Daftarkan MyDistress menggunakan telefon baru anda dengan Kad SIM yang sama kerana perkhidmatan ini terikat dengan nombor telefon anda.
Bagaimanakah jika saya kehilangan telefon dan mendapatkan telefon yang baru beserta Kad SIM yang baru tetapi nombor telefon yang sama?
Daftarkan MyDistress menggunakan telefon yang baru anda dengan Kad SIM yang baru kerana perkhidmatan ini terikat dengan nombor telefon anda.
Bagaimanakah jika saya menamatkan penggunaan nombor lama saya dan memasukkan Kad SIM yang baru?
Hantarkan email kepada info@mydistress.net dan nyatakan bahawa anda telah bertukar kepada nombor telefon yang baru untuk mengemaskini maklumat anda.
Adakah semua pergerakan saya dikesan oleh pihak polis?
Tidak, kami menghormati privasi anda dan kami tidak akan mengesan lokasi / pergerakan anda jika anda tidak menghidupkan MyDistress.
Jika saya kehilangan telefon saya, bolehkah ia dikesan?
Tidak, kami tidak boleh mengesan telefon anda yang hilang sebagaimana kami tidak mengesan lokasi anda melainkan MyDistress dihidupkan.
Bagaimanakah jika telefon saya kehabisan bateri?
  • Jika anda kehabisan bateri, anda tidak akan dapat menghidupkan aplikasi MyDistress.
  • Jika anda kehabisan bateri dalam keadaan SOS, kami hanya mengesan lokasi terakhir anda sebelum bateri tersebut habis.
Dalam situasi apakah saya boleh menggunakan MyDistress?
Penggunaan MyDistress hanya semasa kecemasan. Kecemasan adalah apabila berlakunya jenayah, seseorang yang disyaki melakukan jenayah ada berdekatan, seseorang cedera, diugut atau dalam bahaya.
Mengapa saya perlu untuk memberikan gambar saya? (Pengguna iPhone & Android sahaja)
Dengan memberikan gambar, ia dapat membantu anggota polis yang dihantar ke lokasi untuk mengenalpasti anda dengan lebih mudah.
Bagaimanakah jika saya tidak mempunyai akaun email?
Jika anda tidak mempunyai akaun emel, sila berikan nama anda di ruangan email dalam profil aplikasi.
Apakah yang akan berlaku jika saya tidak mempunyai sambungan ke rangkaian apabila saya menekan SOS MyDistress?
Anda hanya perlu menekan “MULA CEMAS” sekali sahaja, MyDistress akan terus menghantar isyarat dan akan disambung secara automatik apabila anda mendapat sambungan ke rangkaian.
Apakah tindakan yang perlu saya lakukan apabila pihak polis tiba di tempat saya?
Apabila pihak polis tiba untuk membantu anda, tamatkan permintaan SOS dengan menekan butang “HENTI CEMAS” dalam MyDistress.
Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk perkhidmatan ini?
  • Ia adalah percuma untuk dimuat turun dan digunakan. Tiada caj perkhidmatan.
  • Caj syarikat telekomunikasi mungkin dikenakan pada penggunaan data.
Apa akan berlaku jika saya tidak berada di dalam kawasan Selangor?
Buat masa ini, MyDistress hanya disokong di dalam kawasan Selangor memandangkan ini adalah inisiatif PDRM Selangor. Jika anda di luar kawasan Selangor, isyarat MyDistress tidak dapat disalurkan dan anda akan melihat mesej ralat.
Bolehkah saya mendaftarkan harta benda yang bukan di dalam kawasan Selangor?
Buat masa ini, MyDistress hanya disokong di dalam kawasan Selangor memandangkan ini adalah inisiatif PDRM Selangor. Jika anda di luar kawasan Selangor, isyarat MyDistress tidak dapat disalurkan dan anda akan melihat mesej ralat.
Jika saya tidak berada di dalam kawasan Selangor tetapi harta benda saya di dalam kawasan Selangor,adakah saya masih boleh menggunakan MyDistress untuk menghantar isyarat kecemasan?
Ya, asalkan lokasi yang memerlukan bantuan tersebut berada di dalam kawasan Selangor, kami akan menghantar bantuan Polis ke lokasi tersebut.
Bolehkah MyDistress mengesan saya jika saya berada di dalam bangunan?
Untuk kegunaan di dalam bangunan, kami mencadangkan supaya anda menggunakan ‘Isyarat Lokasi Pratetap’ dengan membuat ketetapan lokasi anda kerana Cip GPS di dalam sesetengah telefon bimbit adalah kurang baik.
Bolehkah MyDistress mengesan di tingkat berapakah lokasi saya di dalam sebuah bangunan tinggi?
Tidak. Perkhidmatan sedia ada sekarang hanya dapat mengesan koordinat longitude dan latitude sahaja. Anda perlu memasukkan maklumat di tingkat berapa anda berada dalam “Isyarat Lokasi Pratetap” untuk bangunan tinggi.
Bagaimanakah jika saya menghidupkan SOS MyDistress secara tidak sengaja?
Batalkan dengan menekan butang “HENTI CEMAS” dengan serta merta.
Bagaimanakah hendak membatalkan MyDistress?
Tekan butang “HENTI CEMAS” untuk membatalkan.
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan kembali perkhidmatan ini sekiranya perkhidmatan saya digantung?
Anda perlu membuat rayuan kepada pihak PDRM melalui info@mydistress.net untuk mengaktifkan semula akaun anda.