Kenapa MyDistress
Hari ini, jika kita ingin mendapatkan bantuan pihak polis, kita perlu mendail 999 untuk memberikan maklumat dan lokasi
Selalunya, keadaan menjadi sukar untuk memberitahu lokasi kerana berada dalam keadaan yang tertekan atau ketidakpastian tentang lokasi kejadian.
Dalam keadaan yang terdesak, sukar untuk kita bercakap untuk meminta bantuan kerana bimbang akan keselamatan diri.
Justeru, satu penyelesaian diperlukan untuk memudahkan proses ini dan menentukan lokasi dengan tepat.

Tekan MULA CEMAS dengan bertanggungjawab
- Penggunaan MyDistress hanya semasa kecemasan
- Kecemasan adalah apabila berlakunya jenayah, seseorang yang disyaki melakukan jenayah ada berdekatan, seseorang cedera, diugut atau dalam bahaya.
- Anda patut menggunakan perkhidmatan MyDistress untuk menghubungi pihak polis di dalam situasi di mana anda memerlukan tindakan segera – jika suatu jenayah/insiden sedang berlaku atau jika seseorang/harta benda di dalam bahaya.
- Penyalahgunaan MyDistress di mana permintaan untuk tindakan segera tersebut bukan suatu tindakan yang dianggap sebagai kecemasan, PDRM berhak untuk menggantung perkhidmatan MyDistress kepada pengguna tersebut.
- MyDistress adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Polis DiRaja Malaysia, Kontigen Selangor dalam usahanya untuk meningkatkan lagi keselematan di Negeri Selangor. Sebarang penyalahgunaan MyDistress akan mengalihkan sumber penting Polis yang boleh digunakan dengan lebih baik di dalam situasi kecemasan yang sebenar. Oleh yang demikian, MyDistress harus digunakan secara bertanggungjawab.